January 19, 2012

Esok balik kampus

Assalamualaikum to all.
Malam ini malam terakhir aku bercuti dan bermalam di rumah. Sebabnya esok aku dah nak gerak balik UTP semula dah setelah sekian lama tak balik sana. Barang semua sudah packing dan nampak gayanya memang banyak barang yang nak kena bawa. Kalau balik naik kereta sendiri takpe jugak kan, ini naik bas.


Rupa macam inilah luggage yang aku nak heret dari Muar ke Sri Iskandar, Perak. Biasanya sebelum ini guna beg tapi disebabkan beg yang biasa guna macam dah nak meletup, tak muat dah tu yang terpaksa guna luggage. Luggage ini pun kecil je bukan jenis yang besar punya, lebih kurang macam gambar yang aku jumpa dekat google picture atas itu.

Apa pelan aku esok? Aku sudah beli tiket dari Muar ke KL esok. Memang biasanya aku akan ke KL dulu untuk transit ke Sri Iskandar. Macam naik flight pulak kan kena transit-transit ini. Bukan apa, sebab dari Muar direct ke Sri Iskandar tiada, yang ada cuma ke Ipoh, itupun dua kali sehari je. Kalau Ipoh dengan Sri Iskandar itu dekat boleh la jugak kan. At least nak travel dari Ipoh ke Sri Iskandar makan masa 45 minit.

Nanti dari KL aku macam biasa turun dekat Terminal Bersepadu Selatan kemudian cepat-cepat naik LRT terus ke Pudu Sentral terus beli tiket untuk ke Sri Iskandar. Aku risau takut tiket tiada sebab esokkan ramai dah mula bercuti Chinese New Year, jangan terkandas dekat Pudu sudah.

So, perjalanan esok ringkasnya :

Rumah > Muar > Terminal Bersepadu Selatan > Pudu Sentral > Sri Iskandar > UTP

InsyaAllah semoga dipermudahkan perjalanan.

January 16, 2012

Untitled

Assalamualaikum semua.. apa khabar?
Seriously lama sangat aku tak berblogging.. I think the last time I posted something was last August which is like more than 4 months. Sorry kepada semua kalau ada yang buka blog ini sebab aku pergi berhibernasi sekejap. Actually starting the end of August tu aku holiday up until now. Itu yang terlampau malas untuk update blog ini. Since the holiday is about to finish, well what else I can do apart studying, blogging la kan to fill up my time.

Just now I opened la my blog to see my wall and try la kan open the shoutmix box. Terkejut yang shoutmix box  ni sudah tidak free lagi


Kalau boleh baca dekat gambar print screen itu dia tulis :
Shoutmix free plan is not available anymore. Read the annoucement posted on December 2011
Alamak, susahlah macam gini sebab selalunya visitors blog mestilah akan tinggalkan jejak dekat shoutmix kan..  Nampaknya kenalah cari alternatif lain untuk gantikan shoutmix ni yang harap-harapnya free.

Ada cadangan?



August 23, 2011

Terima Kasih UTP Atas Duit Raya

Assalamualaikum selamat pagi semua. Cuaca pagi ini agak lembap sedikit nampaknya, jadi sejuklah jugak. Hari Jumaat ini aku balik kampung untuk cuti hari raya, serius aku tak sabar nak balik walaupun cuti raya cuma seminggu saja.
[Kalau aku dapat duit bertimbun macam ni, pengsan aku seminggu]

Semalam aku telah mendapat duit raya daripada UTP. Aku serius tak sangka akan dapat sebenarnya sebab selama aku hidup ini berdasarkan ingatan aku yang masih baik ini, belum pernah aku terima bantuan berbentuk kewangan dari pihak sekolah walaupun aku rasa aku layak. Tapi maybe sebelum ini ada ramai lagi yang layak kot. Jadi aku rasa terharu sangat sebab dapat duit raya ini dari UTP. Yang dapat tak ramai pulak tu. Jadi, aku rasa bersyukur sangat.

Aku tak tahu lah kalau dekat u lain macam mana, tapi dekat UTP kalau ada perkara yang urgent/mendesak, maklumat akan disampaikan melalui SMS kepada pelajar melalui talian 63660. Selalunya kalau aku dapat mesti aku terdelete terus sebab aku ingat SMS dari Maxis. Ini teks yang aku dapat untuk pergi ambil duit raya.
Sponsorship selected UTP studentsm you can collect DUIT RAYA UTP RM??? at UTP Finance Counter starting 19/08/2011 until 23/08/2011. Pls bring stdn ID and IC.
Alhamdulillah, raya kali ini ada rezeki lebih sikit dari UTP. Berapa banyak aku dapat itu korang boleh lah pikir sendiri ye. Tapi cukuplah kalau aku nak pergi Muar dan balik UTP semula untuk sekali perjalanan. Haha..

Selamat berpuasa untuk hari ke-23!

August 21, 2011

Berbuka Puasa di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua. Kalau ikut jam dekat laptop aku sekarang ni lebih kurang 1 jam setengah lagi nak berbuka, sabar ya. Kat Sri Iskandar atau lebih spesifiknya kat UTP ni asyik hujan je beberapa hari ini. Hujan pulak bukan renyai-renyai, tapi tahap lebat punya. Sejuk je setiap hari.

Semalam aku dan kawan-kawan aku ada dapat jemputan untuk majlis berbuka puasa di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Korang tengok la aturcara majlis ni kat belakang kad jemputan sempat aku ambil gambar.
Kalau korang boleh baca yang kat bawah itu, mesti pakai baju Melayu lengkap dan warna kuning, ungu dan putih adalah dilarang. Aku pun tak tahu kenapa warna ungu dilarang dipakai. Kalau korang pergi dan pakai jugak warna ini maybe nanti tak dibenarkan masuk istana kot. Haha. Aku pakai baju Melayu serba hitam, sebijik pula warnanya dengan pegawai/penjaga istana. Tinggal pakai samping warna kuning je nanti boleh menyamar terus menetap kat istana.

Ada tiga kali sesi makan iaitu berbuka ringan, diikuti dengan solat magrib, makan malam dan jamuan ringan iaitu selepas solat isyak dan tarawih. Kalau korang nak tahu, ini pertama kali aku masuk istana. Semua benda serba kuning. Kali ni dapat juga merasa masuk istana, entah bila lagi akan datang aku pun tak tahu.

Tetamu malam tu tak lain tak bukan ialah Raja Nazrin Shah, pemangku raja Perak. Selepas habis semua dapat lah bersalaman dengan baginda. Haha.. Siap memperkenalkan diri lagi itu.
Nama patik Rozaidi. Patik dari Universiti Teknologi PETRONAS
Inilah dialog yang aku pertututkan semasa bersalaman dengan baginda. Kemudian baginda tanya aku belajar apa, aku pun jawablah kan dan baginda cakap tahniah.

Nah, aku kasik gambar-gambar semasa majlis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 EJATIDIAZ